Thursday 29 October 2015

Adab Mandikan Bayi Selepas Lahir

Artikel ni aku copy paste dari FB sebagai panduan apabila dah bersalin nanti... juga semoga bermanfaat untuk semua yang bakal melahirkan cahayamata nanti..

Ramai orang terlepas pandang. Zaman ini ramai yang suka gunakan kapas lembab (wet nappy) untuk lap najis bayi tanpa mencuci dengan air. Apabila memandikan bayi, jangan terus masukkaan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih. Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis, kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...
Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.
5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.
6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.
7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.
Share kepada semua , biar semua tahu.


Friday 9 October 2015

Salah Lirik daa

Selama 33 tahun hidup di dunia..baru ku tahu lirik sebenar...aisehhh

Main nyanyi je kauu

dulu2 nyanyi macam ni

polis entri one to jaga
polis mati pencuri jaga

Wednesday 7 October 2015

Bekal apa hari ni?

Semenjak anak sulung masuk darjah 1..boleh dikatakan hari-hari bekalkan makanan untuk Cik Ariesha bawa ke sekolah. Timbul kerajinan ni bila hantar dia ke SJKC.. kesian kot kat dia..nnt kene beratur nak beli makanan.. NAH! ibu dah sediakan bekal hari-hari kan sonang..
 
Menu hari-hari tak lah sesusah mana..sama saja..hahaha..memandangkan Cik Ariesha pun tak kisah . Hari-hari makanan tuuuu je....kadang-kadang ibu pula yang borring.. buat nasi goreng adakala je licin..
 
Apakah menu bekal hari-hari Cik Ariesha?
 
 
ROTI SALUT TELUR...kihkihkih..ibunya x berilham langsung..
   
 
 
 
 
 
 
Tupperware Hijau untuk Cik Ayra.. dia request nak ada sosej..sebelum sampai taska dah rembat 2 ketul dari Tupperware.
 
Yang Tupperware oren tu Cik Ariesha punya.. bagi 5 slice..kot-kot dia nak share dengan kawan. Ada kawan cinanya suka makan rotinya..sampaikan dia minta Cik Ariesha bawakan hari-hari..amboiii..ahahha 
 
Yang bekal Tupperware pink tu..untuk ibu diorang lah..
 
Yang selebihnya buat alas perut Cik Ariesha dan Cik Ayra sebelum ke sekolah..
 
Amacam? Cukup mithali tak ibu diorang..tapi untuk ayah ibu terlupa nak tinggalkan sikit makanan.. Sorry sayang..
 
Resepi Roti Salut Telur
 
Tepung Gandum*(Agak-agak)
Telur Sebiji*
secubit Garam*
4 keping roti
Minyak Masak
 
Bahan yang bertanda * sila campurkan dan kacaukan sehingga larut.
Roti kalau tak nak potong pun tak apa..just celupkan dan goreng setelah minyak panas. Angkat dan hidangkan bila sudah kekuningan...
 
 
 

Air dicincang takkan putus

Sayang anak ibu yang dua ni..
Jarang sebenarnya nak tengok dua budak ini duduk baring bersama..
Kalau tak asik nak bercakaran saja..
 
 

Monday 5 October 2015

Wadai Kepeng

Resepi wadai kepeng ni katanya dari resepi orang banjar. Maaflah jika tersilap... Tanpa buang masa jom tengok resepinya..menggunakan bahan-bahan yang ringkas sahaja..
 
 
 
 

Bahan-bahannya:
500 g tepung pulut
2 cawan gula merah
2 cawan santan pekat
sedikit gula
secubit garam
air
2/3 helai daun pandan
   
1.masukkan tepung pulut dalam bekas
2.masukkan air garam sedikit demi sedikit sambil menguli sehingga menjadi doh
 


macam ni le rupanya doh tu...sampai tak melekat kat tangan



bulatkan kecik-kecik lebih kurang besar duit syiling 10 sen atau 20 sen dan picit kat tengah



                                                                                             
sementara tu gula merah masak dulu dan tapis

 
biarkan mendidih dan masukkan tepung pulut yang siap di bentukkan tadi(api perlahan tau).
Tunggu sampai tepung tadi terapung..bila terapung maksudnya wadainya masak
masukkan gula merah,santan,daun pandan dan sedikit gula kedalam periuk


siap ....nyum...nyum sedap dimakan di waktu petang
 



Jom Makan Satay Hj Sahmuri

Petang ahad yang lalu, tiba-tiba tekak mak buyong ni teringin nak makan Wadai Kepeng. Tahu tak wadai kepeng ni apa? Haha.. Ianya sejenis bubur..nanti lah kita up resepinya di sini..
 
Bukan itu yang nak diceritakan..dalam sibuk-sibuk dok tanya resepi kat group family..tiba-tiba mak kol..kata nak belanja makan satay..jumpa di Kajang sekian-sekian.. mana lagi? kat Satay Haji Sahmuri lah katakan.. Mulanya kita nak promote satay Willy..tapi sebab takut mak dan ayah tak dapat cari tempat..jenuh pula nantikan..lagipun dah lama tak makan satay kat Haji Sahmuri..moh lah kita..
 
Untuk pengetahuan..nak makan kat sini dah pakai konsep layan diri tau..awalnya kita kurang berkenan..sebab nak datang duduk-duduk..relax dan order je..pastu makanan sampai..haha...
Tapi takpela..takkan mak buyong yang nak kena beraturkan..biarlah adik kita je yang beratur..
Di kaunter..kita order satay..dan bayar..nanti pelayan dia akan hantar order kita tu..ok lah tu..
Lepas makan..layan anak-anak nak bergambar lak.. kat tingkat bawah tu ada diletakkan beca lama, basikal lama dan kereta kuda lama...
 
Sila layan~~~~
 
Balik rumah..sambung la rancangan yang tergendala petang tu...Wadai Kepeng..nyum-nyumm
 
 
 
 
Dengan Cik Ain 
Tuan tanah n parents 
 
Tuan Tanah dengan anak-anak 

Jalan-Jalan IOI City Mall

Minggu lepas bawa anak-anak window shopping ke IOI City Mall sebelum ke Majlis Akikah dan Hari Jadi di Putrajaya. Tujuannya nak cari hadiah je pun untuk besday si comel Bella. Sebaik saja kami masuk..tengok2 ada event little poney dan LEGO kat ruang legar IOI. Ambil kesempatan melayan anak-anak. Lagipun cuaca kat luar berjerebu. Tak beli apapun sebarang mainan ke apa ke..berjimat cermat lah katakan. Alhamdulillah anak-anak memahami. Mereka main set-set lego je..Biarkan sel-sel otak mereka berhubung..
 
Cik Ariesha dengan binaannya
 
Cik Ayra dengan restorannya
 
Alahai..comeinya Little Poney ni