Wednesday 7 October 2015

Bekal apa hari ni?

Semenjak anak sulung masuk darjah 1..boleh dikatakan hari-hari bekalkan makanan untuk Cik Ariesha bawa ke sekolah. Timbul kerajinan ni bila hantar dia ke SJKC.. kesian kot kat dia..nnt kene beratur nak beli makanan.. NAH! ibu dah sediakan bekal hari-hari kan sonang..
 
Menu hari-hari tak lah sesusah mana..sama saja..hahaha..memandangkan Cik Ariesha pun tak kisah . Hari-hari makanan tuuuu je....kadang-kadang ibu pula yang borring.. buat nasi goreng adakala je licin..
 
Apakah menu bekal hari-hari Cik Ariesha?
 
 
ROTI SALUT TELUR...kihkihkih..ibunya x berilham langsung..
   
 
 
 
 
 
 
Tupperware Hijau untuk Cik Ayra.. dia request nak ada sosej..sebelum sampai taska dah rembat 2 ketul dari Tupperware.
 
Yang Tupperware oren tu Cik Ariesha punya.. bagi 5 slice..kot-kot dia nak share dengan kawan. Ada kawan cinanya suka makan rotinya..sampaikan dia minta Cik Ariesha bawakan hari-hari..amboiii..ahahha 
 
Yang bekal Tupperware pink tu..untuk ibu diorang lah..
 
Yang selebihnya buat alas perut Cik Ariesha dan Cik Ayra sebelum ke sekolah..
 
Amacam? Cukup mithali tak ibu diorang..tapi untuk ayah ibu terlupa nak tinggalkan sikit makanan.. Sorry sayang..
 
Resepi Roti Salut Telur
 
Tepung Gandum*(Agak-agak)
Telur Sebiji*
secubit Garam*
4 keping roti
Minyak Masak
 
Bahan yang bertanda * sila campurkan dan kacaukan sehingga larut.
Roti kalau tak nak potong pun tak apa..just celupkan dan goreng setelah minyak panas. Angkat dan hidangkan bila sudah kekuningan...
 
 
 

No comments:

Post a Comment